Saturday, June 09, 2007

CERITA JAMBAN...

Sebelum menulis di blog yang tak tentu pasal ni, aku baru lepas keluar dari jamban setelah melepak-lepakkan diri dengan puas di dalamnya. Sekonyong-konyong aku keluar dari pintu jamban, tercetus pulak idea hendak mencipta sebuah blog di blogspot ni. Tiba-tiba aku mendapati keinginan untuk mengarut-ngarut dan merepek-repek di dalam jiwaku ini berada pada tahap yang kritikal dan dahsyat di ketika ini. Jadi aku mengambil keputusan untuk melepaskan keinginan tersebut melalui saluran blog seperti ini. Maka bermulalah sesi mengarut dan mencarut yang tak berapa bagus untuk moral anak-anak Melayu sekarang...

Melihat sahaja kepada tajuk besar blog ini; "BAPAK SEGALA TAHI", sudah cukup kiranya mengundang pelbagai pandangan negatif dan reaksi muka cemik daripada para blogger. Ya, memang aku sengaja letak nama macam tu. Peduli apa aku...huh! (aku memang berlagak)

Aku ingin mengutarakan perihal jamban untuk entry pertama ini. Jadi sila baca dan kemudian fikirkanlah sendiri..

Aku suka berak dalam jamban hotel. Sebabnya jamban kat hotel memang best. Berbau wangi, dan sanitasinya bagus. Berak di dalam jamban hotel memerlukan seni berak yang anggun dan kreatif bergantung kepada skill masing-masing. Individu yang berpeluang berak di jamban hotel perlulah menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya demi kenangan dan pengalaman manis yang boleh diceritakan kepada anak cucu kelak. Aku syorkan kepada sesiapa yang akan berak di hotel selepas ini, seeloknya kau orang jangan lupa untuk membawa keluar sedikit souvenir dari jamban tersebut. Tidak kiralah souvenir berbentuk apa pun, tetapi yang pastinya ia mestilah sesuatu yang mempunyai nilai memori yang boleh dikenang-kenang sehingga hari tua. Maksudnya apabila melihat sahaja kepada ia, terus sahaja teringat kepada jamban hotel tersebut. Benda yang paling tepat adalah tahi sendiri. Selepas berak, colet skit kemudian bungkus dan keraskannya di bawah kipas. Kemudian pamerkannya di ruang tamu sebaris dengan gambar-gambar keluarga atau gambar orang yang tersayang.

Itu kisah jamban hotel. Tetapi bagaimana pula dengan kisah jamban awam pula? Kadang-kadang aku berasa sangsi untuk memasuki jamban awam. Sebabnya aku pernah berkali-kali terkena di batang hidung aku sendiri (eh, apa yang terkena kat batang hidung? Tahi ke?..jeng3..suspen)

Selalunya apabila aku masuk ke dalam jamban awam untuk melakukan kehendak fitrah seorang manusia (iaitu berak), aku akan membatalkan hasrat tersebut dan segera memberambuskan diri jauh-jauh dari premis tersebut. Sebabnya, macam biasalah. Mari aku cerita sedikit di sini, tapi sebelum tu aku pesan kepada sesiapa yang sedang makan atau baru lepas makan sila jangan baca dulu. Ini adalah pengalaman berharga aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang telah 22 tahun menjadi rakyat setia, iaitu pengalaman menghabiskan masa berkualiti di dalam jamban awam. Benda yang selalu aku alami apabila masuk ke dalam jamban awam adalah bau bahan kumuhan manusia yang amat dahsyat. Aku berfikir, jika bau tersebut dijadikan sebagai sebuah senjata biologi, mungkin dunia akan akur dan tunduk ketakutan kepada Malaysia kerana mempunyai keunikan senjata yang terlalu mengancam seperti itu. Serius aku cakap, bau kat sesetengah jamban awam memang amat bangsat sehingga menusuk tulang sulbi dan tulang selangka aku yang tak berapa kukuh sangat ni (waduh!!)

Heeee...masalah bau najis yang melampau tu biasalah kan. Semua rakyat Malaysia dah lali agaknya. Ada lagi satu, aku sering terpesona dengan keindahan ayat-ayat dan lukisan-lukisan bertaraf semi-pro yang tersergam indah di beberapa tempat strategik kat dinding jamban awam. Aku boleh terpaku kejap dalam jamban untuk beberapa lama sebab hendak menghabiskan sajak luahan perasaan seorang gay yang ada konflik dengan bapaknya, huh.. (luahan hati yang begitu menyentuh perasaan pun nak tulis kat dinding jamban, apa kes!). Pelbagai lagi bentuk sastera yang pernah kujumpa ditulis oleh makhluk-makhluk perosak tegar ini di permukaan dinding jamban awam. Sudahlah dinding jamban awam diselubungi dengan corak-corak abstrak yang dihasilkan oleh lumut-lumut dan kulat-kulat yang hidup segar, ditambah pula dengan lukisan-lukisan lucah yang memualkan, akibatnya aku sering mendengus sendiri-sendiri tatkala memasuki sesetengah jamban awam. Tentang lumut-lumut dan kulat-kulat di dinding jamban tu, aku terasa bahagia je bila tengok tumbuhan tersebut membesar dengan sihat di dalam suasana jamban yang harmoni itu. Bagus, bagus...

Sesuatu yang paling membuatkan aku sangat menderita apabila melihatnya adalah mangkuk jamban yang dipenuhi dengan tahi cair berwarna cokelat kekuningan. Seluruh permukaan mangkuk jamban tu dimonopoli oleh tahi busuk itu saje. Ni kes pengguna yang tak reti-reti nak bertanggungjawab terhadap tahi sendiri. Aku pernah melihat mangkuk jamban yang didiami oleh seketul tahi sudah keras berwarna hitam yang sangat besar. Aku berkira-kira sejenak dan tertanya-tanya sebentar tahi siapakah itu? Tak munasabah betullah sikap makhluk pembuang tahi tersebut. Tetapi tahi itu apabila diamati dengan cermat, tanpa emosi dan prejudis, dan dinilai dari perspektif seni, ia adalah sesuatu yang hebat kerana mempunyai nilai estetika yang tinggi. Cantik jugalah bentuknya. Mungkin kalau dijual di kedai kraftangan orang pun tak perasan bende tu adalah najis sebenarnya (waduh!!).

Jadi, aku berpendapat rakyat kita masih ramai yang mempunyai minda kelas ketiga termasuk aku sekalilah. Mentaliti rakyat Malaysia yang kebanyakan tidak sensitif dengan keperluan awam seperti cerita jamban di atas sangat mendukacitakan walhal Malaysia sibuk berbangga-bangga dengan status negara yang paling pesat membangun di mata dunia. Ah, aku dah mula rasa tak best ni. Fikir-fikirkanlah sendiri........